Terlalu
lama berdiri
Merosakkan tulang. Urat – urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina
sentiasa basah.
Terlalu
lama duduk
Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan
menjadi kendur.
Terlalu
lama berjalan
Merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak
menentu masanya.
Terlalu
lama melihat
Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.
Terlalu
banyak tidur
Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat –
urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
Terlalu
gembira
Merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.
Terlalu
kerap marah
Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
Terlalu
banyak berfikir
Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.Haid tidak menentu & dalam
waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim
sekitarnya mudah terjejas.
Terlalu
banyak bersedih
Merosakkan jantung.
Terlalu
merana
Merosakkan paru-paru.
Terlalu
takut
Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala
kencing manis dan lemah jantung.
Terlalu
kerap terkejut
Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening
kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang
terlebih.
Terlalu
banyak makan
merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
Liang vagina kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan,
semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina
Terlalu
banyak minum minuman berais
Merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan
meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda
Terlalu
banyak masa lapang
Merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai
khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn
aktiviti hidup yg positif
Tiada ulasan:
Catat Ulasan