Khamis, 29 Mac 2012

MAKAN UNTUK SIHAT

1    1)   MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.


17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18)  BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

ANEKA KHASIAT KEKACANG


 
Aneka kekacang yg dijadikan ramuan kek, mufin mahupun biskut raya bukan hanya sedap dimakan. sebaliknya, kekacang ini memiliki khasiat tersendiri terhadap kesihatan manusia.
MACADAMIA
Dikenali sebagai Queensland nuts, kacang berasal dari Australia ini sering dijadikan ramuan pencuci mulut. Macadamia mengandungi 70 peratus lemak sihat serta kaya dgn kalsium, zat besi, fosforus, magnesium dan tiamin. Pengambilan secara berterusan dapat  membantu memulihkan ketagihan alkohol, memulihkan gangguan hati, mengatasi anemia dan memperbaiki sistem kekebalan tubuh.


PECAN
Kacang pecan yg dicincang lazimnya digunakan sebagai campuran kek atau biskut selain enak ditaburkan di atas aiskrim. Seperti macadamia, pecan juga memiliki 70 peratus lemak sihat, 70 peratus asam lemak oleat (Omega 9) dan 26 peratus asam lemak linoleat (Omega 6). Kajian Universiti Loma Linda, Amerika mendapati kacang pecan dapat menurunkan kadar lemak di dalam darah. Selain itu, pecan juga mampu memperbaiki sistem saraf. Kandungan vitamin E dan antioksidan yg terdapat di dalamnya sangat berguna utk memperbaiki sel-sel rosak bagi pesakit jantung.

WALNUT
Terbagi kepada tiga jenis iaitu Persian walnut, Black walnut dan Butter nut, walnut digelar sebagai longevity fruit kerana dapat membantu memanjangkan usia. Pengambilan segenggam walnut setiap hari dapat membantu mencegah serangan penyakit jantung kerana kandungan lemak sihat linolenat (Omega 3) dan kandungan protein yg terkandung di dalamnya. Di dalam walnut juga terkandung magnesium, tembaga dan asam ellagat, sejenis flavonoid yg dapat mencegah pertumbuhan sel-sel kanser. Manakala fitosterol berperanan sebagai pelindung jantung, menguatkan paru-paru dan ginjal. Sedangkan kandungan serat yg tinggi membantu fungsi usus besar.

PISTACHIO
Merupakan makanan kaum bangsawan zaman Romawi kuno, kacang pistachio kaya dengan zat besi, folat, kalium, asam pantotenat, niasin, riboflavin dan zing. Pengambilan 50 biji kacang pistachio akan membekalkan sepuluh peratus keperluan serat, vitamin B6, tiamin, magnesium dan fosforus. Kacang berwarna hijau ini juga mengandungi banyak fitoterol yg dapat menurunkan risiko terkena penyakit jantung serta beberapa jenis kanser. Selain itu, pistachio juga merupakan sumber unggul utk menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL), meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh manusia, melindungi usus serta menguatkan hati dan ginjal




TUMBUHAN UNTUK MANUSIA

 PERANAN TUMBUHAN DALAM ASPEK KECANTIKAN DAN KESIHATAN WANITA.



  • Jamu Kunyit
Kunyit atau nama saintifiknya ialah Curcuma domestica adalah dari famili Zingiberaceae, merupakan sejenis herba berdaun lebar dan runcing di hujung serta berbatang pendek. Daunnya berbau wangi apabila disiat atau diramas dan mempunyai rizom yang isinya berwarna oren. Jamu kunyit disediakan dengan dicampurkan kunyit dengan asam jawa (Tamarindus indica) dan gula merah secukupnya. Khasiatnya ialah untuk membersihkan darah haid dan menghilangkan baunya. Kunyit juga boleh merangsang pengeluaran jus hempedu, mengurangkan sakit perut, anti-bakteria dan menahan bengkak.

  •  Jamu Lempoyang
Lempoyang atau nama saintifiknya ialah ialah Zingiber aromaticum juga adalah dari famili Zingiberaceae. Lempoyang adalah herba daripada jenis halia yang mempunyai rizon yang agak besar dengan bau tengik dan rasa pahit jika dimakan. Jamu lempoyang ini sangat baik untuk membersihkan kulit muka, menghindari muka daripada ditumbuhi jerawat dan menghilangkan bau badan. Selain itu, ia boleh digunakan untuk memanaskan badan dan membuang angin. Rizomnya boleh digunakan untuk menaikkan selera makan kanak-kanak.

  • Jamu Tomato
Tomato sangat terkenal sebagai bahan yang sangat baik dalam penjagaan kulit. Tomato yang dicampur dengan sedikit gula berfungsi untuk mencantikkan kulit. Isi tomato juga baik untuk kulit yang berminyak. Ia akan mengurangkan daya kerja kelenjar minyak dan berfungsi sebagai astringent bagi kulit yang mulai kendur.

  • Jamu Beras Hancur
Beras yang digoreng hingga kekuningan dicampurkan dengan cekur, bunga cengkih dan kulit kayu manis, kemudian dicampurkan dengan gula merah dan asam. Campuran ini begitu memuaskan untuk menyegarkan wajah, melancarkan peredaran darah dan membuat seseorang tidak mudah penat.

  • Jamu Lempoyang dan Kunyit
Lempoyang atau nama saintifiknya ialah Zengiber aromaticum dari famili Zingiberaceae jika dicampurkan dengan kunyit akan dapat menghilangkan bau badan.




MENGGUNAKAN MASKER

Selain penjagaan asas dan mengurut, penggunaan masker merupakan perawatan muka tambahan yang amat berguna. Ia dapat menegangkan kulit muka dan melicinkannya. Penggunaan produk tumbuhan tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam pembuatan masker. Kulit yang remaja boleh menggunakan masker daripada sayur-sayuran seperti timun, tomato, lobak merah, kentang dan sengkuang yang boleh disediakan sendiri di rumah.

Jenis-jenis Masker

  •      Masker sengkuang
Masker ini sangat sesuai untuk para remaja. Campuran masker sengkuang dengan air mawar dapat memutihkan dan menghilangkan tanda-tanda hitam atau pigmentasi di muka. 
  • Masker jerawat
Masker ini diperbuat daripada bayam dan sedikit serbuk ubat jerawat. Ia sangat berkesan untuk mengecutkan jerawat dan menghilangkan rasa gatal di muka. Khasiat lainnya ialah untuk menghilangkan bekas-bekas jerawat.
  •      Masker tomato
Tomato atau nama sainsnya Lycopersicom esculentun yang dicampurkan dengan sedikit masker sengkuang dan air akan menghaluskan dan melicinkan kulit muka.

  •     Masker lobak merah
Nama sains bagi lobak merah ialah Daucus carota. Lobak merah dicampurkan dengan masker sengkuang dan sedikit air mawar akan dapat mengembalikan kelembapan kulit wajah dan keremajaan anda. 

  • Masker kentang
Kentang atau nama saintifiknya Solanum tuberosum boleh dijadikan masker untuk digunakan pada muka dan juga badan. Masker ini dicampurkan dengan masker sengkuang dan air mawar sehingga menjadi krim. Hasilnya akan melembutkan dan memutihkan kulit.
       
  • Masker timun
Nama sains bagi timun ialah Cucumis sativa L. Ia boleh digunakan dalam dua bentuk iaitu airnya boleh dijadikan sebagai penyegar manakala isinya dicampur dengan masker sengkuang boleh digunakan untuk mendapatkan kulit yang licin tanpa jerawat.


Penjagaan Rambut

Penjagaan awet muda juga perlu menitikberatkan tentang penjagaan rambut kerana rambut adalah mahkota wanita. Tidak dapat dinafikan penggunaan tumbuhan sangat meluas dalam proses penjagaan rambut.  Lidah buaya misalnya, digunakan sebagai syampu dan perapi untuk menyihatkan sel rambut, menguatkan akarnya dan memelihara rambut daripada rosak akibat penggunaan pengering rambut. Herba pula digunakan sebagai syampu dan perapi untuk mengembalikan kesegaran rambut, melembap, melicin dan menyerikan rambut. Selain daripada itu, lobak merah juga digunakan sebagai syampu bagi rambut kering. Ia menggalakkan pertumbuhan rambut baru dan mengelakkan rambut bercabang di hujung. Epal pula boleh digunakan bagi rambut yang menghadapi masalah kelemumur. Perapi epal didapati sangat sesuai untuk melembap, melicin dan menyegarkan rambut. Ia kaya dengan vitamin C dan perapi ini menjaga sel-sel rambut.

Perawatan  Badan
Untuk kelihatan awet muda badan juga perlu diberi perhatian agar bersih, segar dan tidak berbau. Kunyit atau nama sainsnya Curcuma domestica dari famili Zingiberacea cukup popular sebagai bahan asas untuk membuat lulur dengan dicampurkan temulawak. Lulur ini elok sebagai bahan pembersih badan. Selain itu, lulur boleh digunakan untuk membantu menghapuskan kekotoran di kulit badan lantas memutihkannya, membuang sel-sel yang mati supaya sel baru boleh tumbuh dengan itu boleh menghaluskan kulit, menghilangkan tanda-tanda hitam, menghilangkan urat-urat kecil, melegakan gatal-gatal dan menghilangkan bau badan.

Rahsia Melangsingkan Badan Dengan Tumbuhan
Bentuk badan harus dijaga dengan berhati-hati  terutamanya bagi kaum hawa. Potongan badan yang menarik membuatkan anda sentiasa kelihatan muda. Untuk mendapatkan tubuh yang ramping dan sedap dipandang, petua berikut boleh diamalkan.  
¨     Rahsia buah delima
Delima (Punica granatum) yang dicampur dengan air dan sedikit garam mampu mengurang dan melangsingkan badan.
¨     Khasiat rempah ratus
Selain memberi selera dalam masakan harian, campuran rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, jintan putih, halia dan lada hitam berupaya melangsingkan badan.
¨     Khasiat limau nipis (Citrus hystrix)
Perahan limau nipis yang dicampurkan dengan teh pekat berupaya untuk memecahkan lemak.
¨     Rahsia daun betik
Betik atau nama sainsnya Carica papaya adalah sangat berkhasiat baik buah mahupun daunnya. Air rebusan daun betik berupaya menghasilkan perubahan bentuk badan yang sangat menakjubkan, langsing dan cantik.


Perawatan Wanita Selepas  Bersalin
Selepas bersalin adalah masa paling penting bagi seseorang wanita untuk berehat. Masa yang diperlukan adalah selama 40 hari, kadang-kala sampai 60 hari. Selama waktu ini wanita harus tahu menjaga kesihatan diri, kalau tidak wajah dan badan akan cepat kelihatan tua. Rawatan tradisional terbukti dapat membantu kaum ibu mengembalikan bentuk badan seperti asal dan mengembalikan kesihatan dan kecantikannya. Antara perawatan yang menggunakan tumbuhan semula jadi dan petua yang boleh diamalkan ialah ;
  •           Memakai barut – Sebelum memakai barut, perut akan disapu dengan tapel yang diperbuat daripada cekur, manjakani dan pati beras. Tapel berfungsi untuk menghangatkan perut.
  •          Jamu asam jawa – Rebusan air asam jawa dengan kunyit, gula melaka dan halia berguna untuk membuang semua darah kotor yang masih tertinggal dalam rahim.
  •          Meminum air daun betik – Air daun betik berguna untuk melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin yang ada di dalamnya.
  •         Mandi air suam – Air suam yang dicampur dengan daun-daun untuk menghasilkan bau wangi seperti serai wangi, daun pandan dan daun ubat-ubatan lain dapat menyegarkan badan.
  •          Mandi rempah – Selain rempah, di dalam air mandian boleh ditambah dengan bunga-bungaan yang wangi untuk menghilangkan bau yang kurang sedap dari badan.
  •          Minum jamu – Minum jamu selepas bersalin boleh mengubati luka-luka dan mengembalikan kecantikan anda.
  •          Menggunakan param – Param dibuat daripada kelir, cekur dan minyak sireh dan ia disapu ke seluruh badan. Ia berfungsi untuk menghilangkan rasa sengal pada sendi dan otot, menghangatkan badan dan menghilangkan bengkak-bengkak.
  •          Menggunakan pilis – Pilis dibuat daripada akar tinggal, buah kapulaga dan sintok. Pilis biasanya disapukan di dahi untuk mencerahkan penglihatan dan menghilangkan pening kepala.
          Selain daripada amalan penjagaan ibu-ibu selepas bersalin seperti di atas, terdapat juga penggunaan tumbuhan dalam amalan-amalan kesihatan seperti berikut :

  •          Penggunaan lempoyang dan kunyit yang dicampur dengan gula merah untuk memulihkan tenaga selepas bersalin.
  •     Kelapa dan buah keras digunakan untuk mengilatkan dan menghitamkan rambut dalam masa pantang.
  •     Halia yang direbus dengan sedikit gula untuk mengatasi sakit pinggang dalam pantang.
  •     Daun lidah buaya atau aloe vera yang cukup tua sangat berguna untuk memastikan perjalanan darah yang sempurna dalam pantang.
  •     Campuran buah manjakani, bawang putih dan lada hitam boleh memelihara bentuk badan agar tetap segar dan langsing walaupun telah melahirkan beberapa orang anak.
  •     Halia muda sangat berkhasiat, jika dicampurkan dalam sup ayam boleh mempercepatkan ibu-ibu pulih setelah melahirkan anak, lenguh-lenguh dan sakit badan juga akan hilang.
  •     Ibu-ibu yang kurang darah selepas melahirkan anak boleh mengamalkan minum air rebusan lempoyang dan gula merah.
  •     Air limau nipis dicampur dengan minyak kayu putih dan air kapur sirih dapat menghindarkan kulit perut dari berkedut dan melicinkan kulit perut yang pecah-pecah.   

Tumbuhan Dan Pelbagai Khasiat Yang Tersembunyi
  •      Ulam raja
  •      Merupakan tumbuhan liar yang mudah didapati di negara ini walaupun sebenarnya tumbuhan ini berasal dari Amerika Latin. Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja ini mengandungi 3 %  protein, 0.4% lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. Selain itu, dalam rawatan tradisional, ulam raja digunakan sebagai agen pencuci darah dan untuk menguatkan tulang.
  •      Bendi 
  •     Merupakan sayur tempatan yang banyak ditanam di negara-negara beriklim panas lembap. Berdasarkan kajian tempatan yang dilakukan, bendi mengandungi 2%  protein, 7% karbohidrat dan 1% serat serta banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A,B1, B2, C dan niasin. Bendi juga kaya dengan zat galian dan vitamin  terutamanya kalsium. Bendi juga sayur yang elok untuk perkembangan otak.
  •     Jering 
  •     Adalah tumbuhan asli di negara ini. Daripada kajian yang dilakukan, didapati jering mengandungi 3.5 % protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat, banyak mengandungi kalsium, fosforus, besi, vitamin A,B dan C.
  •     Petai
  •     Atau nama saintifiknya Parkia spp tergolong dalam famili Leguminasae berasal dari rantau ini. Terdapat 4 spesies petai iaitu Parkia javanica (petai karayong), Parkia singularis (petai meranti), Parkia speciosa (petai biasa/papan) dan Parkia sumatrana (petai naring). Berdasarkan kajian tempatan, petai mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi iaitu sebanyak 8 peratus.
  •     Pisang
  •    Atau nama sainsnya Musa spp merupakan tumbuhan liar di Asia Tenggara. Sebenarnya seluruh pokok pisang adalah berkhasiat. Menurut kajian tempatan, jantung pisang mengandungi 1.2% protein, 0.3% lemak, 7.1% karbohidrat, mengandungi banyak fosforus dan zat besi. Buah pisang pula kaya dengan serat, vitamin C, potasium, ribofalvin, folate, magnesium dan karbohidrat ringkas.
  •     Terung pipit / Terung Belanda
  •     Nama sainsnya ialah Olanum torrum swartz dari famili Solanacea merupakan tumbuhan liar di Malaysia. Daripada kajian, terung pipit ini mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi zat besi, banyak vitamin A dan C serta B1. Menariknya terung pipit ini juga mengandungi alkohol jenis steroidd yang dikenali sebagai Solasodin sebanyak 0.84% yang penting untuk menghasilkan pil perancang keluarga.
  •     Timun
  •     Nama sainsnya ialah Cucumis sativa L adalah sayur tempatan bukan asli tetapi tempat asalnya dipercayai di kawasan kaki banjaran Himalaya di India. Menurut kajian tempatan, timun mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan 2.2% karbohidrat. Selain itu, timun juga turut mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, B1, B2 dan vitamin C dan niasin.
  •     Kacang Botol
  •     Merupakan sayuran tempatan bukan asli. Menurut kajian tempatan, kacang botol yang masih muda mengandungi 1-3% protein,kaya dengan zat kalsium, besi dan vitamin A.
  •     Pegaga (Centella asiatica)
  •    Merupakan tumbuhan yang sangat berkhasiat. Seluruh bahagian pegaga iaitu daripada tangkai daun, daun, batang, buah dan akarnya sekali sangat banyak kegunaannya. Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria, antispasma, antiinflamesi, hipotensif dan insektisid.
  • Aprikot 
  • Kaya dengan vitamin C dan mempunyai kandungan beta karotina tertinggi. Anti oksida ini mengandungi zat yang boleh memerangi kanser.
  •     Gajus (Anarcardium occidentela)
  •     Sangat unik kerana mempunyai biji di luar. Bijinya mengandungi 45% minyak dan 20% protein.
  •     Nangka (Atocarpus heterophyllus)
  •    Berasal dari India. Buah yang masak mempunyai bau yang kuat, isinya mengandungi karbohidrat dan bijinya mengandungi karbohidrat dan protein.
  •     Belimbing (Averrhoa carambole)
  •     Terbukti mengandungi vitamin C dan A dan mineral yang tinggi.
  •     Delima (Punica granatum)
  •     Mempunyai isi yang manis dan sangat berkhasiat untuk kesihatan badan.

  •    Oats
  •  – Sejenis makanan yang menakjubkan kerana kaya dengan serat untuk diet, protein dan vitamin serta zat besi, magnesium dan potasium. Ia juga berfungsi mengurangi penyerapan lemak dan mengurangi penyakit susah buang air.
  •    Beras (Oryza sativa)
  •    Merupakan sumber karbohidrat yang bebas kanji serta mengandungi mineral dan vitamin. Ia berfungsi untuk menstabilkan kadar gula dalam darah. Juga sebagai bahan terapi bagi radang saluran pencernaan.
  •    Kacang soya 
  •   Ia bukan sahaja sebagai bahan makanan yang enak tetapi bahan mentah dalam industri kimia. Kacang soya telah digunakan di dalam herba perubatan China sejak 5000 tahun dahulu. Ia sangat kaya dengan sumber protein dan kalsium.
  •    Cendawan
  •   Merupakan sejenis tumbuhan yang kaya dengan nutrien, vitamin dan protein semulajadi. Di samping nilai pemakanan yang tinggi , cendawan dapat meredakan penyakit seperti anemia dan kencing manis.

PENGGUNAAN TUMBUHAN DALAM AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL

  • Air rebusan tongkat Ali
  • Tonik kesihatan untuk ibu-ibu selepas bersalin dan untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Orang-orang Asli pula menggunakan bahagian kulit akar tongkat Ali untuk mengubati demam cacar manakala serbuknya pula digunakan bagi merawat luka serta melegakan demam malaria.
  • kacip fatimah (Labisia pothoina)
  • Berguna untuk mengubat buasir dan penyakit tulang. Sementara akarnya boleh digunakan untuk mengecutkan rahim perempuan selepas bersalin. 
  •  
  • Pokok rancang besi ( Freycinetia malaccensis)
  • Sangat berguna dalam perubatan tradisional iaitu akar dan batangnya bersama ramuan dan ubatan lain dapat mengubati lemah tenaga batin. 
  •  
  • Jeli dari daun pokok Aloe vera
  • Digunakan sebagai ubat luka yang amat mujarab. Namun kajian saintifik telah berjaya membuktikan getah daun ini mempunyai fungsi yang lebih luas terutama dalam perubatan herba. Isi daunnya digunakan untuk merawat sakit tekak dan mulut, bahan dalam kosmetik dan melicinkan kulit. Lendir kuning daripada pangkal daunnya digunakan sebagai pelawas bagi memudahkan membuang air besar manakala jeli Aloe vera digunakan untuk merawat ulser. 
  •  
  • Bawang putih (Allium sativum). 
  • Ia telah lama dianggap sebagai herba atau makanan ajaib kerana unsur perubatan dan antibiotik yang ada padanya. Selain digunakan dalam pembuatan jamu atau tonik ia digunakan untuk mengubat luka, bisa lipan, kala jengking dan juga boleh menurunkan tekanan darah serta  mengelakkan daripada terkena kencing manis. 
  •  
  • pokok senduduk
  • Untuk ubat-ubatan  bagi kaum wanita. Senduduk (Melastoma malabathricum) bersama ubatan lain boleh dijadikan ubat periuk bagi kegunaan wanita selepas bersalin.  Sementara daunnya pula berguna untuk merawat cirit-birit, buasir, kudis, menghilangkan parut cacar serta untuk merawat penyakit keputihan pada wanita.
        




RUJUKAN
Abd. Rahman Md. Derus. 1998. Pengenalan dan penggunaan herbal ubatan. Kuala
Lumpur:  Multi Triple Vision Sdn. Bhd.
Aliza Ngah Rawi. 1993. Koleksi petua merawat kecantikan, penyakit dan masalah
harian.  Selangor:  Citakhidmat (M) Sdn. Bhd.
Amina Haji Noor. 1993. Koleksi petua awet muda. Selangor:  Citakhidmat (M)
Sdn.Bhd.
Amina Haji Noor. 1997. Koleksi petua, rawatan & pantang selepas bersalin. Kuala
Lumpur:  Citakhidmat (M) Sdn. Bhd.
Amina Haji Noor. 1999. Petua awet muda, amalan dan pantang larang. Kuala
Lumpur: Usnie Publisher.
Azizul Abdul Kadir. 1996. Hutan tropika Malaysia sumber bahan herba, kosmetik
dan farmaseutikal.  Dewan Kosmik, Disember : 3-5.
Khairol Bariah Kamaruddin. 1999. Herba mencantikkan kulit wajah. Jelita,
Disember: 209.
Khairuddin Haji Kamaruddin. 1992. Hutan hujan tropika Semenanjung Malaysia.
Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.
Lia Omar. 1994. Jamu rahsia kejelitaan bagi setiap wanita . Kuala Lumpur: Times
          Books International.
Mariati Othman. 1996. Tumbuh-tumbuhan ubat-ubatan. Dewan Kosmik ,April: 50-51.
Muhammad Najib Al- Syibli. 1999. Pemakanan yang baik , pengubatan dan tips
kesihatan untuk keluarga mukmin. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.
Mustafa Ali Mohd. 1993. Ubat daripada tumbuhan . Dewan Kosmik, Mac: 30-31.
Ong Hean Choi. 1998. Sayuran tempatan memiliki khasiat lebih bernilai. Dewan
Kosmik Januari: 38-39.
Razak Haji Lajis. 1996. Perubatan tradisional antara manfaat dengan risiko. Dewan
Kosmik, April: 38-39.
Rusniwati  Samaun. 1999. Koleksi petua merawat kecantikan dan menyembuh
penyakit. Kuala Lumpur : Usnie Publisher.
Salam Babji & Fauzi Daud. t.th. Sains dan teknologi penanaman cendawan. Penerbit
UKM.
Suffian Dollah. 1999. Aloe vera tumbuhan seribu kegunaan. Dewan Kosmik ,Ogos:
          36-37.
Zakaria Abdullah. t.th. Pokok buah-buahan di Malaysia . PAM Publishing (M) Sdn.
Bhd.

MENGATASI PENYAKIT LUPA

Mengatasi Penyakit Lupa
Untuk mengatasi penyakit lupa memang tidak mudah, namun ada beberapa cara yang INSYAAllah mungkin dapat membantu dan mengurangkan masalah tersebut dengan melakukan:

1. Kurangi Makanan yang Berlemak:
Perbanyakan makan ikan yang kaya dengan lemak omega 3 seperti ikan tuna dan salmon, kerana ia mempunyai beberapa vitamin yang boleh menjaga kesehatan otak seperti vitamin B kompleks, vitamin C dan E, fosfatidilserin, ubiquinon, asetil – L – karnitin dan ginkgo biloba.

2. Sujud dalam waktu yang panjang dan Puasa:
Dalam keadaan sujud, posisi jantung lebih tinggi dari kepala ini akan menyebabkan aliran darah mudah menuju ke kepala. Oleh itu, memperpanjangkan sujud, khususnya pada solat tahajjud, akan memberikan peluang kepada otak untuk mendapat oksigen secara maksima.

ketika seseorang berpuasa, otak akan banyak mengeluarkan omega 3 yang sangat diperlukan oleh sel-sel saraf. Di samping itu, puasa dapat menurunkan kadar kolestrol

Puasa juga dapat menurunkan kadar lipid peroksidase, yaitu suatu enzim yang dapat menghasilkan radikal-radikal bebas dan meningkatkan kadar dehidroepiandrosteron, yaitu suatu hormon yang penting untuk fungsi otak. Rasullulah juga berkata bahawa puasa itu menyihatkan.

3. Bersukan.
Dengan bersukan masalah penyakit lupa dapat dikurangkan. Kajian mengatakan, orang tua yang berusia 40 – 60 tahun yang melakukan olahraga secara teratur memiliki risiko penyakit lupa yang lebih rendah dibanding mereka yang tak bersukan, ia juga boleh meningkatkan aliran darah otak dan membetulkan urat saraf.

4. Latihan otak.
Latihan otak adalah memberikan stimulasi kognitif, seperti berbual tentang topik semasa, bermain teka-teki, bermain catur, mendengarkan muzik nostalgia lama dan melukis, Latihan tersebut mendorong berkembangnya dendrit dan meningkatnya plastisitas sistem saraf pusat.




Terdapat tiga perkara utama yang boleh menyebabkan lupa.

Mengabaikan solat
Orang yang mengabaikan solat sama lah seperti mereka mengabaikan keperluan hidupnya. Ibadah solat merupakan tiang kehidupan sebagai seorang Muslim. Jika diabaikan bermakna mereka melupakan aspek kehidupan yang paling asas dan penting. Kalaulah aspek yang paling penting ini dilupakan apatah lagi aspek kehidupan yang lain.
Sering bercakap bohong
Orang yang sering berbohong sukar untuk membezakan perkara yang benar dan sebaliknya. Mereka yang suka berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa malah akan hilang jati diri.
Mungkir Janji
Alasan yang diberikan Orang yang selalu mungkir janji adalah lupa. Jadi orang yang tidak menepati janji secara tidak langsung membawa dirinya ke arah penyakit lupa.



Tips Mengatasi Lupa
  • Just Do It 
  • Jangan menangguh-nangguh kerja
  • To Do List
  •  Tulislah dalam to do list/ buku kecil. Tapi jangan lupa membaca to do list sebagai rutin setiap hari. Jangan sampai schedule yang sudah kita tulis tidak dilakukan gara-gara kita lupa membacanya.

  • Write It Everywhere
  • Kalau ternyata penyakit lupa sudah terlampau teruk sehingga lupa membaca to do list, anda harus menyediakan alat tulis dimana saja pada bila2 masa saja. Dimeja kerja ada agenda, di bilik tidur ada agenda, di dinding rumah pasang whiteboard untuk menulis agenda, di dapur, di pintu peti ais dan di Handphone.

  • Minta tolong orang lain
Minta tolong orang lain untuk mengingatkan anda pada saat anda harus melakukan tugas Anda


Petua agar ingatan lebih kuat dan dapat bertahan lama dalam aspek pelajaran

Mengulangkaji pelajaran
 Lebih kerap pelajar mengulangkaji lebih kekal lama ingatan tentang apa yang dipelajari dalam minda

Gunakan pelbagai cara untuk menyalin nota
 Jika nota ditulis menggunakan teks sahaja, maka pelajar akan cepat merasa bosan untuk mengulangkaji. Nota yang dicatat perlu dilakar dalam bentuk peta minda supaya pelajar senang ingat dan menarik minat untuk melihatnya. Pelajar perlu menulis nota secara kreatif, gunakan pelbagai jenis warna pen, penggunaan gambar atau grafik.

Gunakan pelbagai jenis carta
Termasuklah carta aliran, gambar rajah, venn, lukisan, singkatan, nemoniks dan lakaran
Kaedah bayangan

Pelajar boleh membayangkan isi kandungan yang dibaca. Bayangkan dalam bentuk gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran, jadual serta pemandangan.
Mengulang dan mengingat kembali

Mengulang dan mengingat kembali bayangan itu dengan lebih kerap dan menyebutnya berulang kali.
Kurangkan teks

Jadikan ia gambar dan kata kunci
I am a simple woman in my own world.
I already have my own family without any children
I hope one day I can have my own children
I hope one day I will get a healthy husband which can guide me to the Heaven, which can have my their own property and money and which loved me full until the end of his life
I hope one day I can afford a personal property
I hope one day I can have a lot of money to facilitate my travel in the world and the hereafter.
AMIN...