Selasa, 8 Mei 2012

Pemakanan Untuk Pesakit Kencing Manis



Pengawalan pemakanan adalah penting untuk mengawal diabetes. Pemakanan yang betul bukan setakat mengelakkan makanan dan minuman yang manis sahaja.
·   
  •   Pesakit kencing manis harus makan 3 kali sehari setiap hari pada masa yang ditetapkan. Pesakit tidak patut tertinggal masa makan.
  •    Makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti roti jagung, mi oat, biskut kraker yang tidak dimaniskan, chickpea, lentil dan sayur-sayuran haru diambil.
  •  Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, misalnya gula yang telah diproses, seperti coklat dan madu harus dielakkan (Madu asli tidak mengapa).
  •  Pengambilan lemak tepu harus dikekalkan pada paras minimum kerana peningkatan pengambilan lemak akan meningkatkan risiko serangan penyakit jantung. Elakkan daripada menggoreng makanan,sebaliknya, pangganglah makanan anda.
  • Pengambilan garam dan makanan yang masin harus dikurangkan. Elakkan makanan seperti kerepek dan kacang tanah.
  •    Makanan pesakit kencing manis harus dirancang terlebih dahulu. Makanan haruslah seimbang dan kandungan kalori dalam makanan haruslah tetap. Ini bertujuan untuk memastikan terdapat beban glukosa yang tetap untuk dikendalikan oleh badan.
    Pengambilan kalori yang terkawal adalah baik untuk mengekalkan berat badan yang normal

·         Pengambilan alkohol perlu dikekalkan pada paras minimum atau dielakkan kerana alkohol akan mengubah paras glukosa darah.

Makanan yang  bebas dimakan
  1. Semua jenis sayuran, kecuali semua jenis ubi.
Contohnya: sawi, kangkung, bayam, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dan sebagainya.Semua cecair dan minuman tanpa gula
Contohnya: Sup air, air kosong, the dan kopi ‘o’ tanpa gula, teh Cina, air limau, air barli tanpa gula.
  1. Perasa dan Perencah
Contohnya: serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebagainya.
  1. Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa lemak dan kulit, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Hadkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa

Makanan yang perlu dielakkan

Semua makanan dan minuman yang manis dan mengandungi gula tinggi.Contohnya: Pelbagai jenis gula, kuih-muih, niskut manis, kek, gula-gula, coklat, ais krim, minuman ringan, sirap cordial, susu pekat manis, jem, kaya, madu dan minuman beralkohol.

Makanan yang perlu disukat.
  1. Susu dan hasil tenusu
  2. Bijirin dan hasil bijiran
  3. Kacang dan kekacang
  4. Buah-buahan



Pilihan makanan
Saiz hidangan
Saranan
1.        Susu dan hasil tenusu
      Susu segar / cair
      Susu sejat
      Susu penuh krim
      Susu skim / rendah lemak

1 cawan (240ml)
½ cawan (120ml)
4 sudu makan penuh
4 sudu makan paras
2 kali sehari



     2.    Bijiran dan hasil bijirin
            Roti putih / bijirin penuh
            Nasi / mee / meehon / kuey teow
            Capati/ roti canai/ tosai Ubi
2 keping
1 cawan
1 keping
1 biji saiz telur
3-4 kali sehari


     3.   Kacang dan kekacang
Kacang hijau/ merah/ dhal/ kacang  
soya (mentah)

1/3 cawan
1-2 kali sehari
 
     4.   Buah-buahan
           Epal/oren/limau/lai/ciku
           Pisang (10cm)
           Mangga
           Jambu batu
           Belimbing
           Langsat/longan/anggur
           Rambutan/laici
           Betik/nenas/tembikai/tembikai susu
           Durian/nangka/cempedak

1 biji sederhana

1 biji kecil
1 biji kecil
½ biji tanpa biji
1 biji sederhana
8-10 biji kecil
5 biji sederhana
1 potong nipis
3 ulas kecil

2 kali sehari



Walaupun rasa makanan dalam kumpulan ini masam, pedas, manis, tetapi semua akan ditukarkan kepada gula oleh badan kita.

Panduan Am

  1. Anda boleh menikmati 3 hidangan utama (sarapan pagi,makan tengahari, makan malam). Pastikan makan pada selang masa yang tetap.
  2. Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya tidak berlebihan pada satu masa tertentu. Makanan yang dihadkan adalah makanan berkarbohidrat yang akan meningkatkan paras gula darah.
  3. Tingkatkan pengambilan serat dalam diet. Ini dapat membantu mengawal paras gula darah dan mengelakkan sembelit. Sumber serat yang baik adalah bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang dan kekacang dan biji-bijian.
  4. Kurangakan pengunaan garam dalam masakan dan elakkan makanan tinggi kandungan garam.
  5. Kurangkan jumlah pengambilan lemak atau minyak terutamanya lemak tepu seperti krim, minyak kelapa, santan dan krim salad.

Pesakit kencing manis harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. Mereka boleh memakan makanan yang dimakan oleh seisi keluarga, tetapi dalam jumlah yang sederhana, dan mengelakkan gula-gula dan makanan manis yang lain. Mereka tidak perlu membeli ‘makanan diabetes’ yang khas kerana makanan ini adalah mahal dan tidak membawa banyak manfaat. Selain itu, terdapat formula nutrisi yang khas untuk pesakit kencing manis yang tidak dapat mematuhi gaya pemakanan yang disyorkan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengingat bahawa pemakanan yang sihat ialah kunci kepada diet seorang pesakit kencing manis.

Tiada ulasan: