Khamis, 12 April 2012

PANDUAN PEMAKANAN PESAKIT DARAH TINGGI

1. Makanan
  • Kurangkan makanan bergaram. Jangan tambah garam ke dalam makanan yang sudah masak
  • Kurangkan makanan laut seperti udang, kerang, ketam.
  • Kurangkan makan daging kambing atau lembu. Boleh makan ayam yang dibuang kulit dan lemaknya.
  • Putih telor boleh dimakan
  • Kurangkan makanan bersantan dan berlemak seperti minyak sapi atau mentega
  • Ikan, sayuran dan buahan bebas dimakan
  • Banyakkan makan rebusan dan kukusan
  • Kurangkan masak makanan yang menggunakan banyak minyak atau lemak seperti menggoreng dengan minyak yang banyak ( deep frying)
  • Banyakkan minum air tapi kurangkan minuman bergas dan minuman keras

2. Rehat dan tidur yang cukup.

3. Elakkan tekanan atau stress

4. Senaman ringan setiap hari

5. Berhenti merokok dan minuman keras

6. Lakukan aktiviti ringan seperti berkebun di masa lapang

7. Patuhi aturan ubatan dan temujanji

8. Datang terus ke hospital sekiranya berasa pening, sakit kepala, lemah-lemah anggota badan atau susah bernafas 

Selalunya pesakit darah tinggi, dielakan makan makanan berlemak contoh santan & makanan berminyak. Jadi boleh tukarkan santan kepada yogurt. Banyakan sayur2an dan ulam2an. Kalau dulu selalu makan daging, sup tulang, seafoods sebagainya, jadi sekarang banyakkan makan ikan. Sekali-sekala memang boleh makan masakan berlemak, udang, ketam dan  daging tetapi jgnlah terlampau banyak. Jangan langsung tak makan supaya diet seimbang.

Selain tu minum banyak air putih 8 gelas sehari. Fresh juice yang homemade memang bagus diamalkan setiap pagi – mulakan minum jus dahulu sebelum melakukan aktiviti dan srapan lain. Kira-kira selepas 30 minit kemudian barulah mengambil sarapan seperti biasa, lakukan senaman itu penting supaya banyak keluarkan peluh dan stabilkan berat mengikut kesesuai dengan ketinggian tubuh.

Boleh amalkan ulaman seperti pucuk mengkudu, betik,peria (katak)…. pucuk2 ni memang bagus diamalkan…elok juga  dibuat lauk sayur masak rebus…petua untuk hilangkan kepahitan pucuk2 ini..rebus bersama pucuk ubi. Boleh amalkan minum air teh misai kucing , tetapi  kalau jenis akar, batang or daun2,jangan amalkan terlalu kerap terutama air rebusan akar yang terlalu pahit. Disarankan  minum 2 kali seminggu…kira-kira  1/2 cawan sehari dah cukup.Jangan amalkan setiap hari… InsyaAllah untuk makanan jasmani..mengimbangi  makanan ruhani. Selain itu boleh cuba perbagai resipi yang di galakkan untuk makan.


Digalakkan
1. Nasi Putih / Kanji
2. Asam Laksa Mee / Meehoon @ KueyTeow Sup / Mee Rebus@Tomyam
3. Capati tanpa ghee / Tosai
4. Masak Tomyam / Ikan @ Ayam Bakar / Ikan Kukus / Masak Asam Pedas / Masak Tomato
5. Sandwich / Apam Tanpa Kelapa / Popiah Basah (tanpa udang / telur) / Kuih Kukus tanpa santan / Buah-buahan Segar
Digalakan minum jus dan sayuran,jauhkan makanan berlemak

Hidangan Dielakkan
1. Nasi Beriani / Nasi Lemak / Nasi Goreng / Nasi Ayam
2. Mee Kari Mee/Meehon/ Kuey Teow Goreng
3. Roti canai/ telur/ Murtabak
4. Masak Rendang / Masak Goreng2 / Masak Lemak / Kari Bersantan / Ikan Masin
5. Kuih Bergoreng / Kuih Bersantan

Resipi Jus boleh diamalkan untuk pengidap darah tinggi.

1) carrot+ epal hijau + peria katak + orange+ bayam/saleri =sedap
    (buatlah mcm nie baru terbit zhouk nak minum di sertai dengan salawat zatiah)…
  • campurannya ialah 1 biji epal hijau, sesuku biji peria biasa, 1 tangkai celeri, 1 sudu besar madu & juga air masak secukupnya… siapa berani try ?? 
Bahan2
1 liter air masak
2 biji peria katak ~ buang biji
1/2 biji peria ~ buang biji
2 hiris kundur buang bahagian biji
3 ~ 4 biji epal hijau ~ buang biji
Penapis teh kain (mcm kat kedai mamak tu)

Cara2
1. Potong kecil2 buah epal & sayur2an & cuci bersih.
2. Masukkan air masak dlm pengisar setengah bahagian pengisar. Tutup & putar air lalu buka penutup pengisar yang kecik tengah2 tu.. Masukkan buah2an & sayuran perlahan2 sehingga semua hancur. Jangan  masukkan semua bergantung berapa muatlah ye.
3. Bila dah hancur tuangkan jus tadi dlm penapis teh lalu toskan & perahkan (dgn tangan bersih) ke dalam jug.
4. Ulangi hingga habis.
5. Sedia diminum 2 kali sehari.
(Jika ada jus extractor lagi senang… lebur je semua baru bancuh dengan air ikut kepekatan yg anda sanggup minum)


Selamat mencuba

Tiada ulasan: