Khamis, 12 April 2012

AYAT PENGASIH SUAMI ISTERI



RAHSIA AYAT PENGASIH 

Setiap kali lepas solat amalkan membaca ayat ini dimulai dengan Alfatihah dan selawat nabi sebanyak 11x

1)    Surah Yusuf Ayat 4
“Izqola yusufu li abihi yaa aa bati inni roaitu ahada a’sharo kaukabau washamsa walqomaro roaituhum lii saajidinn”
(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan dan melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

Bermaksud:"Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

2)    Amalkan zikir ‘asma Allah’ Ya Rahman Ya Rahim 100x untuk doa pengasih

Ketika bertemu dengan suami atau/kekasih baca lah ayat ini
Surah Thaahaa Ayat 39

"Wa-alqaytu 'alayka mahabattan minni walitushna'a'laa 'ainii"

Maksudnya:
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."

*Utk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dgn hanya membaca di dalam hati.*

Selain itu,
Untuk dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

  *Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dgn tujuan yg tidak baik*

Tiada ulasan: